Menyambung Diploma di Kolej Islam

Menyambung Diploma di Kolej Islam
untuk memohon sila klik pada gambar ini

PENGAJIAN ISLAM

kepada yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang pengajian islam sila klik sini

Jumaat, 25 Mac 2011

Buatmu Teman

assalamualaikum.. alhmdulillah sgala pujian bagi Allah walaupun sdg sibuk bekerja tetapi jari ini masih lagi mengatal untk membuka blog ni.. wlupun sibuk skali poun.. aku ttp gmbira kerana bnyk pngalamn yang aku blaja kt sni..

acapkali aku terfikir siapa la jodoh aku neh..adoyai.. rasa mcm mls plak nk carik teman2 yang bole sehidup ngn aku.. tp difikirakan blik, lbh elok aku aku mmbujng dlu sblum ketemu sama org yang ku cintai.. ya la.. aku skrg ni di lamun cinta.. suka pd ssorg.. tp aku x taw g mana mau luahkan.. bese ar.. aku ni pemalu skit bab2 hal ni..wnita tu orgnya nmpk warak jak dari sudut luaran.. tp....... think positive mal.. xbek ckp orang cmtu.. heheh.. yaa,, aku ttp berpagng pada falsafah tu.. jadi orgnya agak boleh thn ar comelnyer.. bese ar.. laki kan suka pd wnita yang cntik2.. tu dah lumrah khidupan sbg sorg laki.. bila aku tnye sudah brpnyer ka?? dia kata blom.. pe lgi dgn penuh perasaan ar aku cbe nk try ngorat die.. tp x ley gak.. sifat pemalu aku tu sudah menyelubungi dalam qalbu ku..

lama kelamaan, baru aku tau yang dia sudah berpnyerr. tp aku cuma tgok dlm fb jak yang die ada hubungan dgn kaum adam yang laen,, rasa kecewa poun ada, rasa xtenteram poun ada.. aku rasa seolah-olah perasaan ini ........ adooii.. ssh nk ckp.. hnya aku mampu ckp terguris mcm org gila hatiku neh..

xpe lah.. mgkin Allah nk tnjukkan aku jodoh yang lebh bek drpada wnita tu,, mgkin aku x sesuai utk si dia.. die poun cm xlyn aku je.. cuma aku je perasan tergila2 pada wnita tu.. aku hnya mmpu berdoa agar hatiku terubat kmbali.. sggup aku belikan hadiah tuk die... smata2 nk berkenalan dengan lbh rapat ngn die.. tp tu smua hnya ilusi smata2.. xpelah.. yang dah lepas tu lepas lah.. aku sntiasa memaafi pd orang len.. cuma satu je aku nk pesan pada korang smua.. jangn lah berharp pd seseorg wnita tuk di jadikan sbg istri yang menmpakkn diri dia yang cntik,. kdg2 kita lihat wnita tu bek budi bhsanya, pemalu orgnya.. tp bila kita dah tau dia permainkan kita,tipu kita lagi.. kita akan rasa.....perrghhhh.. skit woo hati neh... kita x tau mcm mna masa depan kita dgn wnita yang kita sukai,.. mntak lah petnjuk yang Maha Esa.. isitiarah lah utk mendpt petunjuk dpd Allah s.w.t. akhr skali yang aku nk pesan.. bersabar lah mengharungi dugaan hdup kita,, jgn mudah terpedaya.. sntiasalah memaafkan org laen agar hdup kita lebh tenang dan tenteram.. Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Keluarga Bahagia

Keluarga Bahagia
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT : Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74). Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka yang banyak mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik dari segala yang terbaik ialah diri Rasulullah SAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja. Demikian juga dari sudut kehidupan berkeluarga. Umat Muhammad SAW hendaklah mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh penghidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengan kebahagiaan di akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya mementingkan kebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup di akhirat. Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan kebahagaiaan hidup di akhirat semata-mata lalu memandang sepi kebahagiaan hidup di dunia ini. Tiada yang terlebih bahagia kecuali kebahagiaan hidup berkeluarga yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Cuma apa yang mungkin menyebabkan penilaian manusia itu berbeza-beza tentang konsep bahagia itu, ada hubung kait dengan tahap keislaman, keimanan dan ketakwaan masing-masing. Maknanya untuk menerima baik hakikat kehidupan Rasulullah SAW itulah yang terbaik dari yang terbaik, berkait rapat dengan ‘maqam’ atau martabat masing-masing dari sudut keislaman, keimanan dan ketakwaan. Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan dan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaan yang dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan dari segi material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yang tinggi, tidak akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada makna kebahagiaan itu. Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit. Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasa kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yang hakiki. Al-Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan berumah tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelas apabila Ummul-Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau segera menjawab bahawa: "Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran". Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 74, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi mulia Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjana keluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yang mesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar inginkan sebuah keluarga bahagia dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.

TEMPAT NAK KONVO

TEMPAT NAK KONVO


teringin nak naek bas nih

teringin nak naek bas nih

masa takbir raya di rumah duta (yaman 2007)

masa takbir raya di rumah duta (yaman 2007)

DENGAN USTAZ AMIN

DENGAN USTAZ AMIN

TIME NI KT SUNGAI GABAI

TIME NI KT SUNGAI GABAI
Haaa..kwn2.. time ni kitaowg g jalan2 kt sungai gabai..mmg gempak giler best la.. tak terkata poun ada..nnt bole la kowg smua lawat kt tempat ni k.. jgn lupa:)

TIME NI KITORG DAH NAK BALIK DAH

TIME NI KITORG DAH NAK BALIK DAH

TIME TO EAT

TIME TO EAT

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...... kata atuk, KAWAN tu seperti air, terus me ngalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana .... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!! walaupun kita me mpunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.

PERMANDAGAN YAMAN YANG BEGITU INDAH SEKALI

PERMANDAGAN YAMAN YANG BEGITU INDAH SEKALI
SANA’A LAMA Merupakan satu-satunya kota lama dan menjadi penempatan manusia yang dijumpai oleh Sam anak kepada nabi Nuh ‘Alaihis Salam. Sam telah datang ke Yaman dari utara untuk meninjau tempat-tempat untuk dibuat penempatan dan beliau juga telah memilih tempat mengikut halatuju mengikut seekor burung. Sehingga sekarang masih segar dengan gelaran Bandar Sam, semenjak 1984m UNESCO mengishtiharkan sebagai “ Warisan Manusia di Dunia” . Meninjau ke Kota Lama ada pelbagai aneka jualan, melawat ke Muzium Kebangsaan dan ianya merupakan suatu yang unik serta seni bina yang menakjubkan . Kota Sana’a Lama juga merupakan muzium yang hidup dengan kecantikan bandar ini meberi ilham kepada para penulis, penyair (penyajak), arkitek dan para pelancong.

istana balqis, yaman

istana balqis, yaman
SEJARAH Yaman juga dikenali dalam beberapa buah buku sejarah dengan beberapa nama. Ada juga buku geografi yang lama bertajuk ( Arab Felix ) di dalam lagenda lama Yaman juga dikenali sebagai negara selatan, Raja Saba’, Raja Selatan dan Raja Timna. Ada sesetengah pendapat perkataan Yaman diambil daripada seorang pemerintah seperti Aiman bin Yaarup bin Qahtan lagenda arab kuno. Ramai orang-orang arab mengatakan perkataan Yaman diambil dari perkataan Yamn ( rahmat, berkat dan makmur ) bersamaan dengan nama ( Arab Felix ) dan sesetengah pendapat mengklasifikasikan Yaman diambil dari “yumna” ( arab dari kanan Ka’abah ). Orang-orang dari timur mereka mengatakan ianya arah kehadapan yang kanan kepada arah yang betul. Sebabnya arah kanan merupakan satu simbol atau lambang kepada kejayaan dan keberuntungan. Sesetengah orang arab sendiri termasuk orang-orang Yaman beranggapan perkataan ‘al- Sham’ ialah utara dan ‘al- Yaman’ ialah selatan dan hari ini kita dapati Yaman dikenali sebagai Republik Yaman.

Masjid Al- Janad: Masjid ini terletak kira- kira 6 km dari utara Ta’iz,dan telah dibina semasa zaman baginda Nabi Muhammad S.A.W. oleh sahabatnya Mu’az bin Jabal . Masjid ini dan ‘Masjid Besar’yang terletak di Sana’a merupakan masjid tertua di Yaman yang dibina oleh para sahabat. Shibam: Terkenal dengan bangunan lama pencakar langit . Shibam juga dijumpai pada kurun ke-3, ianya merupakan ibu negeri bagi kerajaan kuno di Hadhramaut selepas jatuhnya bandar Syabwah dan merupakan sebuah bandar yang tiada bandingannya ianya diperbuat daripada tanah liat dan sangat mengagumkan dengan ukiran corak tingkap dan pintu yang diperbuat dari kayu. Kita dapat menggambarkan keunikkan bandar tersebut ketika mana matahari terbit dan terbenam. Para pelancung juga dialu-alukan dan digalakkan untuk bersama menikmati keindahan semulajadi. Tarim: Merupakan tempat menarik yang terletak di tengah-tengah Hadhramaut semenjak sepuluh abad yang lalu, ianya terdapat sebuah bandar yang unik dengan terdapat banyak masjid dan istana. Pelancong dialu-alukan menziarahi untuk melihat sendiri keistimewaa bandar tersebut. Kawasan ini juga ramai melahirkan ulama’- ulama’ yang terkenal pada zaman dahulu dan ulama’-ulama’ inilah yang menyampaikan Islam ke Malaysia melalui perdagangan. Di sini juga terdapat perpustakaan Ahqaf yang merupakan kesan peninggalan lama ulama’ terdahulu. Mukalla: Merupakan ibu kota Gabenor Hadhramaut suatu masa dahulu dan merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan yang terletak di persisiran pantai Laut Hindi. Di sini kita dapati kesenian lama dengan pelbagai ukiran tingkap dan pintu. Tempat-tempat menarik di sepanjang pantai yang penuh ketenangan dan jauh dari kesibukan kota utama. Aden: Merupakan sebuah kota penempatan semenjak berzaman lagi. Lagenda mengatakan Cain dan Abel orang yang menjumpai Aden. Ianya juga menjadikan pelabuhan semulajadi dan menjadi sumber ekonomi untuk jangkamasa depan Yaman sendiri. Pelancong juga dialu-alukan untuk melawat tadahan air zaman lampau yang menganggumkan digelar takungan, istana sultan, masjid al-‘Idrus, rumah dari rimbaud dan kincir angin. Tak lupa juga persisiran pantai Mohur dan juga pusat membeli-belah. Aktiviti bagi memeriahkan pelancongan anda dengan melawat At-Taweela iaitu tempat pengumpulan sejarah. Mengikut ahli sejarah lembah ini adalah yang pertamanya di abad masihi sepanjang pemerintahan Himyari juga memiliki dua puluh juta gelen air terletak di kawasan tengah kampung Taweela.