Menyambung Diploma di Kolej Islam

Menyambung Diploma di Kolej Islam
untuk memohon sila klik pada gambar ini

PENGAJIAN ISLAM

kepada yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang pengajian islam sila klik sini

Rabu, 21 Oktober 2009

Rukun perjalanan menuju Allah, melalui ilmu dan zikir.

Sa'id Hawa menjelaskan bahawa perjalanan menuju Allah mempunyai dua rukun, iaitu ilmu dan zikir. Tanpa keduanya, tidak ada perjalanan menuju Allah SWT.

Ilmu adalah yang menerangi jalan dan zikir adalah bekal perjalanan dan keperluan pendakian. Kita berhajat kepada ilmu untuk mengenali segala perintah, petunjuk, bimbingan dan peringatan Allah SWT dan mengenali hikmatnya agar kita dapat melaksanakan segala perintah tersebut serta mencapai hikmatnya, manakala kita berhajat kepada zikir agar Allah SWT bersama kita dalam perjalanan kita menuju kepadaNya.

Rukun pertama: Ilmu

Bukanlah menjadi satu keraguan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ilmu ialah ilmu tentang al-Qur'an dan al Sunnah serta ilmu tentang segala yang diperlukan oleh Salik (orang yang menuju pada jalan ALLAH) dalam perjalanannya menuju Allah SWT. Sekurang-kurangnya setiap salik mestilah melengkapkan dirinya dengan kesemua ilmu fardu 'ain, iaitu ilmu yang setiap muslim dituntut mempelajarinya.

Setiap muslim wajib mengetahui segala perbuatan yang wajib dilakukannya, agar ia tidak meninggalkannya; dan juga perbuatan yang haram dilakukannya, agar ia terhindar daripada melakukannya. Setiap perbuatan yang wajib dilakukan, maka mempelajari ilmunya juga menjadi wajib, Ini adalah kerana tanpa ilmu tentang sesuatu, maka seseorang tidak mungkin dapat melakukan sesuatu itu dengan betul, sesuai dengan kehendak syariat.

Imam Ghazali mengingatkan kita di dalam kitabnya Ihya Ulum Al-Din, bahawa di antara ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu mengenai jalan menuju ke akhirat. Apa yang dimaksud ilmu menuju jalan ke akhirat ialah ilmu cara membersihkan hati atau jiwa daripada sifat-sifat yang keji, yang tercela, yang dianggap sebagai kotoran yang menjadi penghalang daripada mengenali Allah SWT dan daripada mengenali sifat-sifat dan af'al atau perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada jalan untuk ke sana melainkan dengan latihan, ilmu dan pengajaran.

Ilmu tersebut terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Ilmu zahir, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan anggota badan, dan ia terbahagi kepada adat dan ibadat.

Kedua: ilmu batin, iaitu ilmu yang berkaitan dengan amalan hati atau jiwa, atau ilmu tentang sifat-sifat yang ada di dalam hati atau jiwa, yang juga terbahagi kepada yang terpuji dan tercela.
Sifat-sifat yang terpuji di dalam hati adalah seperti: sabar, syukur, takut, harap, redha, zuhud, taqwa, qana'ah (menerima dan berpuas hati dengan yang ada atau dengan apa yang Allah berikan), murah hati, ihsan, baik sangka, baik budi,baik pergaulan, jujur, ikhlas dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan taat dan ibadat kepada Allah SWT.

Adapun yang tercela daripadanya adalah seperti; dengki, dendam, busuk hati, penipu, gila pangkat, gila harta, gila kuasa, gila pengaruh, suka dipuji, sombong, riya', keras kepala, pemarah, benci, tamak kedekut, kufur ni'mat, mengagungkan orang kaya, bangga, ujub, nifaq (hipocracy),cintakan dunia, cinta harta, gopoh,lalai dan sebagainya, yang merupakan sumber atau punca daripada segala perbuatan ma'siat dan lain-lain perbuatan buruk atau keji, yang dilarang.

Ilmu tentang batasan segala sifat-sifat ini, sama ada yang terpuji ataupun yang tercela, hakikat, sebab-sebab, hasil atau natijahnya, cara memupuk, menanam, atau cara mengubati, membuang atau mengikis daripada sifat-sifat tercela, kesemuanya itu merupakan ilmu jalan akhirat; dan Imam Ghazali mengatakan bahawa ia merupakan ilmu fardu ain, mengikut fatwa ulama akhirat.

Rukun kedua: Zikir

Adapun yang dimaksudkan dengan zikir ialah zikir yang diwariskan atau dianjurkan, yang termasuk di dalam perintah Allah SWT dan RasulNya SAW.

Imam Nawawi di dalam kitabnya, Al-Adzkaar, telah menjelaskan pengertian zikir sebagai berikut:
"Ketahuilah bahawa fadilat zikir tidak terhad pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan yang seumpamanya, tetapi setiap orang yang beramal kerana Allah Taala dengan ketaatan, maka ia termasuk orang yang berzikir kerana Allah Taala. Begitulah yang dikatakan oleh Sa'id Bin Jubair r.a. dan lain-lain ulama".

Ata' berkata: "Majlis-majlis zikir adalah majlis-majlis yang membincangkan masalah halal, haram, bagaimana anda membeli, menjual, solat, berpuasa, berkahwin, mentalak, haji dan yang seumpamanya". Beliau juga telah membawakan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada waktu malam, kemudian keduanya solat dua rakaat, maka keduanya ditulis dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah". Maka kedua rukun berjalan menuju Allah menurut Sa'id Hawa adalah ilmu dan zikir; dan tidak akan ada perjalanan melainkan dengan keduanya.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa para salik yang menempuh jalan menuju Allah itu terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama lebih banyak melibatkan diri mereka kepada Allah SWT disamping tidak melalaikan tanggungjawab mereka dalam menuntut ilmu agama sebagaimana yang dituntut oleh syara'.

Manakala golongan yang kedua pula mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dengan bertungkus-lumus mendalami ilmu agama disamping tidak mengabaikan keperluan untuk berzikir. Akhirnya, mereka semua (insya Allah) akan sampai ke satu arah tuju yang sama iaitu mencapai keredhaan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.

Beliau menjelaskan bahawa pembahagian tersebut adalah disebabkan kerana adanya perbezaan pada kecenderungan atau minat dan kemampuan atau kesanggupan manusia itu sendiri. Segolongan manusia, kecenderungan atau minatnya kepada ilmu lebih besar dan juga kemampuannya untuk mencapai ilmu tersebut ada, dan segolongan lainnya kemampuannya untuk mencapai ilmu terhad dan kesanggupannya untuk beribadat, beramal dan berzikir adalah besar.

Jalan yang sesuai bagi golongan yang pertama adalah ilmu, tetapi mesti juga disertai dengan zikir; dan jalan yang sesuai bagi golongan yang kedua adalah memperbanyak zikir, tetapi mesti juga disertai dengan ilmu. Daripada huraian tersebut, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa setiap manusia yang berjalan menuju Allah atau mencari keredhaan dan keampunan Allah, yang dengannya dicapai kebahagiaan akhirat dan terhindar daripada seksaan neraka, mestilah berusaha, selain mengisi masanya dengan melaksanakan tugas peribadatan yang telah ditetapkan, seperti solat lima waktu, puasa ramadan dan lain-lainnya, juga dengan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir. Ia mesti menjadikan kegiatan menuntut ilmu dan berzikir ini sebagai agenda hariannya yang berterusan sepanjang hayat, kerana kedua-duanya merupakan ibadat yang sangat tinggi nilainya. Setiap salik mestilah berusaha menghindarkan diri daripada membazirkan masanya dengan sebarang perbuatan yang tidak ada manfaatnya seperti melepak di kedai-kedai kopi, berbual kosong dan kerja-kerja yang seumpamanya.

Di dalam sesuatu hadis, ada dinyatakan bahawa tanggungjawab pertama yang akan disoal ke atas setiap insan ialah tentang umurnya: di mana ia telah menghabiskannya? Di dalam surah al-'Asr Allah SWT telah menyatakan dengan bersumpah: "Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan (mengisi masanya dengan)beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Setiap salik mesti menentukan masa yang tetap setiap hari untuk menuntut ilmu dan berzikir: menetapkan masa tertentu untuk membaca al-Qur'an dan memahami maknanya. Mereka boleh merancang untuk mengkhatamkan Al-Qur'an setiap seminggu sekali, dua minggu sekali, sebulan sekali atau lain-lainnya, mengikut kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Perkara yang penting di sini ialah mereka menetapkan agenda yang tetap dan berterusan sepanjang hayat. Membaca Al-Qur'an adalah ibadat dan zikir, dan memahami kandungannya adalah ilmu yang paling tinggi nilainya.

Selain mempelajari Al-Qur'an, mereka juga mesti berusaha mempelajari ilmu-ilmu syari'at lainnya dengan membaca kitab-kitab agama, menghadiri kelas-kelas agama, ceramah-ceramah agama, atau mempelajari agama daripada guru-guru agama yang memberi bimbingan secara langsung kepada para pelajar atau murid-muridnya.

Menuntut ilmu dalam Islam merupakan ibadat yang dituntut dan tinggi nilainya. Ibnu 'Abd al-Bar telah meriwayatkan daripada Abu Dzarrin al-Ghiffari r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Bahawa anda keluar di waktu pagi untuk mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada anda solat seratus rakaat".

Kita mesti menetapkan agenda harian yang tetap, dengan memperuntukkan masa tertentu yang mencukupi untuk menuntut ilmu serta membaca kitab-kitab ilmiyah. Di dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Agama adalah ilmu kerana ia berdiri di atas asas pemikiran, penyelidikan, menolak taklid buta dan bersandar kepada pembuktian yang meyakinkan, bukan kepada sangkaan dan mengikuti hawa nafsu.

Begitu juga ilmu dalam Islam, ianya adalah agama, kerana menuntutnya adalah diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimah sama ada sebagai fardu'ain atau fardu kifayah, dan bergiat dalam bidang ilmu yang bermanfaat, sama ada manfaat duniawi atau ukhrawi, dianggap sebagai ibadat dan jihad di jalan Allah.

Adapun zikir, maka ia merupakan amalan yang berterusan kerana, selain ia merupakan amalan tersendiri, ia juga boleh masuk ke dalam atau ke celah-celah amalan-amalan lain dan boleh mengisi setiap masa yang terluang dari sejak kita bangun dari tidur sehinggalah kita naik semula ke katil untuk tidur.

Perbekalan Rabbani Dalam Perjalanan: Taqwa, Muhasabah Diri dan Taubat.

Di dalam perjalanan yang panjang merentasi kehidupan di alam dunia, mencari keredhaan Allah SWT, supaya dapat memasuki alam barzakh dan alam akhirat dengan selamat, Rabbani berhajat kepada perbekalan, dan tidak ada perbekalan yang lebih baik daripada ketaqwaan. Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah:197: "Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa (ketaqwaan); dan bertaqwalah kepadaku wahai orang-orang yang berakal".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Keluarga Bahagia

Keluarga Bahagia
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT : Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74). Ayat tersebut menjelaskan bahawa mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik di akhirat nanti disamping mereka tergolong dari kalangan mereka yang banyak mengingati Allah, maka bagi mereka contoh ikutan yang terbaik dari segala yang terbaik ialah diri Rasulullah SAW. Ini jelas membawa makna bahawa sekiranya kita ingin menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini dengan penuh rasa kebahagian dan menikmati penghidupan di akhirat dengan kebahagian, maka kita hendaklah mencontohi diri Baginda SAW dalam apa jua bidang, tanpa berpilih-pilih dan cuba mencontohi yang mana kita rasa bersesuaian dengan diri kita sahaja. Demikian juga dari sudut kehidupan berkeluarga. Umat Muhammad SAW hendaklah mempelajari, mengkaji seterusnya mengamalkan bagaimana Baginda menjalani hidup dan kehidupan di dunia ini sebagai jambatan untuk menempuh penghidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Maksudnya kebahagiaan di dunia ini berhubung kait dengan kebahagiaan di akhirat nanti. Ini sekaligus menyanggah pendapat mereka yang hanya mementingkan kebahagiaan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil kira kebahagiaan hidup di akhirat. Demikian pula halnya pendapat yang hanya mengutamakan kebahagaiaan hidup di akhirat semata-mata lalu memandang sepi kebahagiaan hidup di dunia ini. Tiada yang terlebih bahagia kecuali kebahagiaan hidup berkeluarga yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Cuma apa yang mungkin menyebabkan penilaian manusia itu berbeza-beza tentang konsep bahagia itu, ada hubung kait dengan tahap keislaman, keimanan dan ketakwaan masing-masing. Maknanya untuk menerima baik hakikat kehidupan Rasulullah SAW itulah yang terbaik dari yang terbaik, berkait rapat dengan ‘maqam’ atau martabat masing-masing dari sudut keislaman, keimanan dan ketakwaan. Apabila seseorang itu mempunyai tahap, maqam atau martabat keislaman, keimanan dan ketaqwaan yang rendah, ia sudah tentu tidak dapat menerima konsep kebahagiaan yang dijalani oleh Nabi SAW yang memperjuangkan hidup dalam taraf kemiskinan dari segi material. Tetapi mereka yang mempunyai tingkat keimanan dan ketakwaan yang tinggi, tidak akan menjadikan material sebagai kayu pengukur kepada makna kebahagiaan itu. Semakin tinggi tahap keimanan dan ketaqwaan seseorang itu maka semakin jelas baginya bahawa kebahagiaan yang hakiki itu adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafaur Rasyidin, yang rata-rata melihat kebahagiaan itu berpaksikan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, atau dengan kata lain menilai kebahagiaan itu dengan rohani, jasmani dan akal yang sihat tanpa ada mengidap apa-apa penyakit. Hanya mereka yang benar-benar sihat keseluruhan tiga aspek tadi sahaja yang merasa kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu sebagai kebahagian yang hakiki. Al-Quran pula mahu semua manusia amnya dan umat Islam khasnya memilih kehidupan berumah tangga yang bahagia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Ini jelas apabila Ummul-Mukminin Saiyiditina ‘Aisyah R.A ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, beliau segera menjawab bahawa: "Akhlak Rasulullah SAW itu ialah (seperti tuntutan) Al-Quran". Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 74, hadis yang baru disebutkan (di atas) dan banyak lagi ayat serta hadis yang mengupas mengenai akhlak dan peribadi mulia Rasulullah SAW jelas menunjukkan bahawa Al-Quran adalah sebagai penjana keluarga bahagia, manakala Rasulullah SAW pula disahkan sebagai contoh yang mesti dikuti oleh seluruh manusia amnya dan umat Islam khasnya, jika benar-benar inginkan sebuah keluarga bahagia dalam erti-kata kebahagian yang hakiki.

TEMPAT NAK KONVO

TEMPAT NAK KONVO


teringin nak naek bas nih

teringin nak naek bas nih

masa takbir raya di rumah duta (yaman 2007)

masa takbir raya di rumah duta (yaman 2007)

DENGAN USTAZ AMIN

DENGAN USTAZ AMIN

TIME NI KT SUNGAI GABAI

TIME NI KT SUNGAI GABAI
Haaa..kwn2.. time ni kitaowg g jalan2 kt sungai gabai..mmg gempak giler best la.. tak terkata poun ada..nnt bole la kowg smua lawat kt tempat ni k.. jgn lupa:)

TIME NI KITORG DAH NAK BALIK DAH

TIME NI KITORG DAH NAK BALIK DAH

TIME TO EAT

TIME TO EAT

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...... kata atuk, KAWAN tu seperti air, terus me ngalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana .... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!! walaupun kita me mpunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga.

PERMANDAGAN YAMAN YANG BEGITU INDAH SEKALI

PERMANDAGAN YAMAN YANG BEGITU INDAH SEKALI
SANA’A LAMA Merupakan satu-satunya kota lama dan menjadi penempatan manusia yang dijumpai oleh Sam anak kepada nabi Nuh ‘Alaihis Salam. Sam telah datang ke Yaman dari utara untuk meninjau tempat-tempat untuk dibuat penempatan dan beliau juga telah memilih tempat mengikut halatuju mengikut seekor burung. Sehingga sekarang masih segar dengan gelaran Bandar Sam, semenjak 1984m UNESCO mengishtiharkan sebagai “ Warisan Manusia di Dunia” . Meninjau ke Kota Lama ada pelbagai aneka jualan, melawat ke Muzium Kebangsaan dan ianya merupakan suatu yang unik serta seni bina yang menakjubkan . Kota Sana’a Lama juga merupakan muzium yang hidup dengan kecantikan bandar ini meberi ilham kepada para penulis, penyair (penyajak), arkitek dan para pelancong.

istana balqis, yaman

istana balqis, yaman
SEJARAH Yaman juga dikenali dalam beberapa buah buku sejarah dengan beberapa nama. Ada juga buku geografi yang lama bertajuk ( Arab Felix ) di dalam lagenda lama Yaman juga dikenali sebagai negara selatan, Raja Saba’, Raja Selatan dan Raja Timna. Ada sesetengah pendapat perkataan Yaman diambil daripada seorang pemerintah seperti Aiman bin Yaarup bin Qahtan lagenda arab kuno. Ramai orang-orang arab mengatakan perkataan Yaman diambil dari perkataan Yamn ( rahmat, berkat dan makmur ) bersamaan dengan nama ( Arab Felix ) dan sesetengah pendapat mengklasifikasikan Yaman diambil dari “yumna” ( arab dari kanan Ka’abah ). Orang-orang dari timur mereka mengatakan ianya arah kehadapan yang kanan kepada arah yang betul. Sebabnya arah kanan merupakan satu simbol atau lambang kepada kejayaan dan keberuntungan. Sesetengah orang arab sendiri termasuk orang-orang Yaman beranggapan perkataan ‘al- Sham’ ialah utara dan ‘al- Yaman’ ialah selatan dan hari ini kita dapati Yaman dikenali sebagai Republik Yaman.

Masjid Al- Janad: Masjid ini terletak kira- kira 6 km dari utara Ta’iz,dan telah dibina semasa zaman baginda Nabi Muhammad S.A.W. oleh sahabatnya Mu’az bin Jabal . Masjid ini dan ‘Masjid Besar’yang terletak di Sana’a merupakan masjid tertua di Yaman yang dibina oleh para sahabat. Shibam: Terkenal dengan bangunan lama pencakar langit . Shibam juga dijumpai pada kurun ke-3, ianya merupakan ibu negeri bagi kerajaan kuno di Hadhramaut selepas jatuhnya bandar Syabwah dan merupakan sebuah bandar yang tiada bandingannya ianya diperbuat daripada tanah liat dan sangat mengagumkan dengan ukiran corak tingkap dan pintu yang diperbuat dari kayu. Kita dapat menggambarkan keunikkan bandar tersebut ketika mana matahari terbit dan terbenam. Para pelancung juga dialu-alukan dan digalakkan untuk bersama menikmati keindahan semulajadi. Tarim: Merupakan tempat menarik yang terletak di tengah-tengah Hadhramaut semenjak sepuluh abad yang lalu, ianya terdapat sebuah bandar yang unik dengan terdapat banyak masjid dan istana. Pelancong dialu-alukan menziarahi untuk melihat sendiri keistimewaa bandar tersebut. Kawasan ini juga ramai melahirkan ulama’- ulama’ yang terkenal pada zaman dahulu dan ulama’-ulama’ inilah yang menyampaikan Islam ke Malaysia melalui perdagangan. Di sini juga terdapat perpustakaan Ahqaf yang merupakan kesan peninggalan lama ulama’ terdahulu. Mukalla: Merupakan ibu kota Gabenor Hadhramaut suatu masa dahulu dan merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan yang terletak di persisiran pantai Laut Hindi. Di sini kita dapati kesenian lama dengan pelbagai ukiran tingkap dan pintu. Tempat-tempat menarik di sepanjang pantai yang penuh ketenangan dan jauh dari kesibukan kota utama. Aden: Merupakan sebuah kota penempatan semenjak berzaman lagi. Lagenda mengatakan Cain dan Abel orang yang menjumpai Aden. Ianya juga menjadikan pelabuhan semulajadi dan menjadi sumber ekonomi untuk jangkamasa depan Yaman sendiri. Pelancong juga dialu-alukan untuk melawat tadahan air zaman lampau yang menganggumkan digelar takungan, istana sultan, masjid al-‘Idrus, rumah dari rimbaud dan kincir angin. Tak lupa juga persisiran pantai Mohur dan juga pusat membeli-belah. Aktiviti bagi memeriahkan pelancongan anda dengan melawat At-Taweela iaitu tempat pengumpulan sejarah. Mengikut ahli sejarah lembah ini adalah yang pertamanya di abad masihi sepanjang pemerintahan Himyari juga memiliki dua puluh juta gelen air terletak di kawasan tengah kampung Taweela.